Azroy 2009

azroy 2009 by anan amri

Bismillah,
inilah bidang kegemaranku. Perkara yang aku boleh kawal. Fotografi berserta arahan. Terlalu banyak tugasan jurugambar perkahwinan membuatkan otak aku menjadi tepu. Ye lah, perjalanan sesebuah majlis perkahwinan selalunya akan samaaaa sahaja. Yang membezakan setiap majlis itu peristiwanya, orangnya, suasananya. Tugas kami sebagai jurugambar perkahwinan bukan mudah. Sentiasa bersedia memintas peristiwa. Ada yang dikurniakan gerak hati yang baik, ada yang dikurniakan rezeki (nasib baik la). Nasib pun penting apa. Senang cerita, majlis perkahwinan bukan macam buat filem atau drama. Di luar kawalan aku sepenuhnya. Aku tak suka. Kurang puas kalau ambil gambar curi. Kelebihan gambar curi pula ekspresi wajah adalah semulajadi. noktah. Jadi untuk membebaskan minda, aku buat satu sesi foto ringkas. Ada lagi gambar lain. Peram lah sampai semangat lain datang. Foto ini tiada manipulasi ye walaupun di bawah kategori karya digital & manipulasi. Karya digital sahaja. Buat di Shah Alam.

CategoriesKarya Digital & Manipulasi, Lain-lain

One Reply to “Azroy 2009”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *