Pre-wedding / Pra perkahwinan : Ayma dan Qeem, Bahagian 1

Sesi fotografi pra perkahwinan Ayma dan Qeem, Temerloh, Pahang
Sesi fotografi pra perkahwinan Ayma dan Qeem, Temerloh, Pahang
Sesi fotografi pra perkahwinan Ayma dan Qeem, Temerloh, Pahang
Bismillah,

Sesi fotografi pra perkahwinan ini dibuat di Temerloh, Pahang. Aku letak 3 keping dulu laa. Okay lah tu. Aku memang suka peram gambar. Pelawat yang rajin sahaja perasan kemaskininya. Kadang² ada penulisan sebelum ini yang aku tambah gambar. haha… Ini adalah sebahagian gambar daripada lokasi pertama, sebahagian dari aksi berani mati aku. Nantikan kemaskini dan juga bahagian kedua.

This pre-wedding photo session was taken place at Temerloh, Pahang. Only 3 pictures for the mean time for the teaser. More pictures will be add later on for this part 1 and stay tune for part 2.

I choose to write in Bahasa. Thank you.

SA Riders : Shahrom Tusimin

Shah Alam cyclist, Shahrom Tusimin
Bismillah,
semata nak kemaskini blog, sekadar mengisi masa lapang.

Penunggang: Shahrom Tusimin.
Lokasi : Bukit Bandaraya Shah Alam.
Basikal : Jamis. Tu je aku tau. Hah tayar Maxxis. Betul ke aku eja?
Motif : bosan asyik lepak mamak je. Kebetulan Om kayuh petang tu.

Azroy 2009

azroy 2009 by anan amri

Bismillah,
inilah bidang kegemaranku. Perkara yang aku boleh kawal. Fotografi berserta arahan. Terlalu banyak tugasan jurugambar perkahwinan membuatkan otak aku menjadi tepu. Ye lah, perjalanan sesebuah majlis perkahwinan selalunya akan samaaaa sahaja. Yang membezakan setiap majlis itu peristiwanya, orangnya, suasananya. Tugas kami sebagai jurugambar perkahwinan bukan mudah. Sentiasa bersedia memintas peristiwa. Ada yang dikurniakan gerak hati yang baik, ada yang dikurniakan rezeki (nasib baik la). Nasib pun penting apa. Senang cerita, majlis perkahwinan bukan macam buat filem atau drama. Di luar kawalan aku sepenuhnya. Aku tak suka. Kurang puas kalau ambil gambar curi. Kelebihan gambar curi pula ekspresi wajah adalah semulajadi. noktah. Jadi untuk membebaskan minda, aku buat satu sesi foto ringkas. Ada lagi gambar lain. Peram lah sampai semangat lain datang. Foto ini tiada manipulasi ye walaupun di bawah kategori karya digital & manipulasi. Karya digital sahaja. Buat di Shah Alam.

Exhibition Cinephoto Part 3, UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

Exhibition

Bismillah,

satu lagi pameran yang akan aku sertai. Pameran Cinephoto Part 3 akan diadakan di PTAR, UiTM Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor. Persediaan belum dibuat lagi ni. Jemputan saat akhir. Nak letak artwork apa ye? Tengok lah mana yang sempat. Kalau berkesempatan mari lah datang berikan sokongan. Aku sorang² je kat situ…wuuuu.

**UPDATE**
uitm puncak perdana cinephoto exhibitionuitm puncak perdana cinephoto exhibitionuitm puncak perdana cinephoto exhibition

Anan Amri, jurugambar shah alam yang selalu syok sendiri.

moga bertemu kembali

selamat tinggal ramadhan

Ada apa dengan raya sedangkan ramadhan tak seberapa…
banyak tidur di siang hari, terawih tak cukup 30 hari…
ada yg sibuk berbelanja untuk raya, baju baru terawih tiada pula…
berlumba buat  e-kad raya, pengharapan ramadhan tiada pula kena tag…
memang rugi, harap bertemu ramadhan kembali…