Polis Evo Film Poster Photoshoot

Polis Evo Poster Photoshoot 1 Polis Evo Poster Photoshoot 2 Polis Evo Poster Photoshoot 3

Photoshoot filem poster Polis Evo (2015).

Pelakon utama : Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish.
Production : Tayangan Unggul
Arahan : Ghaz Abu Bakar

Poster Editing : Kukubesi & Zouqi Berapi
Photo & Lighting : Anan Amri

poster polis evo shaheizy sam inspektor khai

Memandangkan Polis Evo 2 dah nak ditayangkan November nanti, rasa nak share experience shoot poster filem Polis Evo yang pertama.

Seperti photoshoot poster filem-filem sebelum ini kebiasaannya akan mengambil masa satu hari, dari pagi hingga malam.

poster polis evo shaheizy sam inspektor khai

Biasanya tak semua pelakon ada waktu tu dan biasanya penggambaran masih berjalan. Kami selit² bila ada ruang untuk photoshoot. Masa session ni ramai yang tak ada termasuk Nora Danish.

Seperti biasa setup lighting ringkas, cukup shadow cukup highlight, background asal jelas nanti designer dah hebat senang nak crop dan enhance.

poster polis evo zizan razak inspektorsani

Kalau kita tengok final poster, designer/photo manipulator Kukubesi & Zouqi dah buat kerja yang baik untuk adjust rambut, jambang dan look Inspektor Khai supaya tele dengan look dalam filem. Masa photoshoot ni Sam rambut dah lain dan berjambang sikit. Kena lah adjust. Kudos team!

poster polis evo azliyuszaini jemangposter polis evo zizan razak inspektorsani

Semua pelakon dan crew sangat professional dan memberi kerjasama yang cukup baik untuk melancarkantugasan kami. Terima kasih sangat²! Tengok lah Zizan tgh shoot pun boleh buat lawak!

Zizan Razak Poster Polis EvoZizan Razak Poster Polis Evo

Tahniah semua! Kerja keras korang berhasil memperoleh box office RM17.8 juta. Mungkin ada miscommunication, doa² dapatlah payment untuk photoshoot Polis Evo 2015 ni 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *