10 Jurugambar ‘Malay Wedding’ Dengan Sentuhan Artistik Terbaik Pilihan SAYS

10 Jurugambar 'Malay Wedding' Dengan Sentuhan Artistik Terbaik Pilihan SAYS
10 Jurugambar ‘Malay Wedding’ Dengan Sentuhan Artistik Terbaik Pilihan SAYS

Thank you SAYS.com for featuring me in their article! It’s been an honour to be featured alongside other big name in Malay wedding photography.

Terima kasih Mr. Farouq dari Says yang membuat research dan berkenan dengan hasil kerja kami. Boleh terus baca artikel mereka yang bertajuk “10 Jurugambar ‘Malay Wedding’ Dengan Sentuhan Artistik Terbaik Pilihan SAYS

Says merupakan sebuah portal informasi antara yang terkenal dan terbesar di Malaysia. Artikel² mereka penuh dengan informasi, ilmu, tips dan banyak lagi yang bermanfaat.

Jadi anda dah dapat sedikit idea dalam mencari jurugambar perkahwianan terbaik di Malaysia. Carilah yang anda suka dengan style mereka. Kemudian baru cari yang kena dengan budget. Jangan cari yang kena dengan budget kemudian suruh photographer tersebut ikut cara photographer lain. Lain orang lain jiwanya =)

Kalau suka style shoot, editing dan album layout saya, jom bincang dengan saya. Kalau pakej saya tak kena dengan budget saudara/saudari, kita try custom ikut kesesuaian.

Fashion Photoshoot – Kurta Bangsawan Cirgaro Apparel

baju raya kurta lelaki moden 2018

Bismillah,
alhamdulillah diberi kepercayaan oleh Cirgaro Apparel untuk menjayakan kempen promosi kurta pertama mereka, Kurta Bangsawan (2016). Alhamdulillah dengan produk yang cantik, kami cuba yang terbaik untuk gambar dan video yang cantik, Cirgaro berjaya menjadi trend setter untuk kurta di Malaysia. Masa tu tak ramai buat kurta lagi² yang pakai design zip.

So far saya sendiri memiliki dan sangat berpuas hati dengan kurta keluaran Cirgaro.  Ada 5 pasang okay. Sangat selesa, terasa lebih handsome, lebih berkeyakinan. Terus jadi pakaian rasmi kalau ada job wedding photography. Untuk job wedding biasa pakai kelabu atau hitam lah. Kalau attend majlis ke, gi surau ke ataupun lepak mamak warna lain ada. Baju raya lelaki ? Kurta Raya ? Banyak kurta pilihan menarik / terbaik oleh Cirgaro. Ini review saya sebagai customer saya.

Jom tengok gambar lain…

“Fashion Photoshoot – Kurta Bangsawan Cirgaro Apparel”Continue reading

Fashion Photography – Primadona Tunic & Adalya Ombre Jubah

Studio fashion photography session for Cirgaro Apparel. Apa yang best kali ni Primadona Tunic 2016 Cirgaro pakai kain best yang sama dengan kurta best seller Cirgaro. Jadi kita semua ada pilihan untuk couple set / sedondon.

Fuh berusaha keras nak lipat origami burung dengan nak gantung lagi tapi berpuas hati dan berbaloi.

 

Jom tengok gambar lain…

“Fashion Photography – Primadona Tunic & Adalya Ombre Jubah”Continue reading

Awan Dania The Movie : Poster Photoshoot

Awan Dania The Movie - Poster Photoshoot

Pemenang poster terbaik Festival Filem Malaysia 24 menerusi filem Hikayat Merong Mahawangsa (KRU Studios), Kukubesi Manipulasi, sekali lagi diberi kepercayaan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd untuk menghasilkan poster filem bagi filem Awan Dania The Movie. Filem ini dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Rusdi Ramli, Elly Mazlein, Dee, Jehan Miskin, Hans Isaac, Maimon Mutalib, Ruminah Sidek, Osman Kering, Zaibo, Maimunah Ahmad, Roy Azman, Mohd Juhari dan diarah oleh Rashid Sibir. Sekali lagi, Anan Amri dipanggil untuk membantu penataan cahaya dan fotografi bagi projek poster filem Awan Dania The Movie. Turut membantu sahabat fotografi kami Zahid Azmi. Seperti poster filem Aku Kau dan Dia serta Hoore! Hoore!, filem Awan Dania The Movie ini terus memberi cabaran kepada Kukubesi memandangkan genre yang berbeza dari kegemaran beliau. Kukubesi gemar menghasilkan karya dengan mood suram / darkside tetapi filem² ini lebih mendatangkan mood ceria. Saya pasti hasilnya nanti mungkin bersih dan ceria bersesuaian dengan filem. Nantikan di pawagam hujung tahun 2012 ini. Terima kasih kepada Scha yang memberi sokongan penuh dan kerjasama sepanjang sesi tersebut. Beliau memang happening!

Kredit Foto: Zahid Azmi Photography

Anan Adli & Redzlin – Maternity Photography Session – Shah Alam, Putrajaya, Banting

Bismillah,
hi! Nak share dengan viewers semua my 1st maternity shots. Maternity dalam Bahasa apa ye? Kalau ikut Google Translate “Maternity” bermaksud bersalin. Tapi mana kena. Belum bersalin lagi. Ada cadangan perkataan lain? Maternity photography session tukar jadi sesi fotografi mengandung? Gila buruk nama. Fotografi ibu mengandung? Fotografi ibu hamil? Bapa pun ada nih. Haha. Apa² lah. Kami merantau ke 3 tempat yang jauh², Shah Alam, Putrajaya dan Banting.



Tak cukup? Nak tengok lagi gambar? Nak buat reference? Nak booking photography session? Ada banyak lagi gambar lain dalam entry ni.
“Anan Adli & Redzlin – Maternity Photography Session – Shah Alam, Putrajaya, Banting”Continue reading

Persatuan Jurugambar Perkahwinan dan Potret Melayu Malaysia.

Malay Wedding and Portrait Photographer

Malay Wedding & Portrait Photographer Malaysia, MWPPM adalah satu persatuan yang didaftarkan untuk menyatukan jurugambar perkahwinan dan potret Melayu, bagi menjaga kebajikan ahli-ahlinya serta menjaga standard pasaran dan kualiti fotografi perkahwinan Melayu.
MWPPM® di daftarkan secara rasminya sebagai sebuah persatuan di Malaysia pada tanggal 18 Januari 2012. (0219-12-SEL)

Masyarakat berpeluang melihat hasil kerja dan memilih jurugambar perkahwinan yang berkualiti yang terdiri daripada ahli-ahli MWPPM yang diiktiraf.

 

Scroll to top